Daisypath Anniversary tickers







assalamualaikum . Alhamdullilah akhirnya kita berjaya juga sampai ke 10 ramadhan terakhir , kita masih tercari-cari manakah lailatulkadar , malam yang lebih baik dri 1000 malam . aku juga salah seorang daripada mereka yang masih tercari-cari keinsafan , dan kemaafan tapi entah kenapa , hatiku berat untuk mencuba suatu perubahan . adakah Tuhan sudah menutup pintu hidayah dalam hatiku ? itu aku tidak pasti tapi sehingga kini aku masih tercari-cari hidayah yang dikatakan mampu mengubah diriku dan mematahkan jiwa memberontakku :)

haha sorryy terover pulak disitu . well , secara jujurnya , aku ingin membuat suatu pengakuan disini - aku seorang yang obses kepada kesempurnaan . normal bukan bagi seorang anak gadis remaja seperti aku yang teramat meninginkan kesempurnaan pada cinta , kehidupan dan gaya .

beberapa hari sebelum trial spm dan secara zahir dan batinnya aku masih belum bersedia . aku tertanya-tanya - mampukah aku mengharungi hari-hari mendatang sekiranya aku masih bermalasan seperti ini ? it doesn't worth it , fatyha !

raya aku pada tahun ini , persediaan aku secara individu hanyalah biasa sahaja . tiada apa yang meriah , kerana buku-buku aliran sains tulen - biologi , addmath , kimia , fizik dan sejarah serta subjek yang lain bakal menjadi penemanku siang dan malam , hampir dua puluh empat jam .

si kekasih hati mengundang aku ke rumahnya pada hari raya kedua . aku menerimanya dengan hati yang penuh terbuka dan perasaan gembira jelas terpampang diwajahku . mana tidaknya , aku dapat merasakan keihklasan hatinya dalam memberikan kasih sayangnya padaku meskipun itu hanya lah satu penilaian yang masih kurang pasti kesahihannya :)

kebelakangan ini , aku sentiasa berasa jauh daripada semua orang . aku sentiasa berasa yang mati bakal mendahului langkah ku ke masa hadapan . entah kenapa , jangan ditanya sebabnya .

rasa rindu pada insan-insan tersayang sering menerpa dalam sanubariku . aku kecewa apabila tidak dapat bersama mereka disaat-saat duka mereka , aku sedih apabila tidak dapat menghulurkan tangan ketika mereka memerlukan tanganku untuk disambut .

buat aleek sahabatku , semoga kau sentiasa bahagia dan gembira disamping org yang kau sayangi . aku sbgai seorang sahabat hanya mampu memujukmu disaat kau bersedih dan ketawa apabila kau gembira . selagi nyawa dikandung badan , kau tetap sahabat ku :) terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia buat sekian lamanya .

xoxo ,
RR



thanks for reading :)♥ ♥ ♥